PROGRAM BANTUAN PEK MAKANAN ASAS (DUN BANDAR UTAMA)
*SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN*

Program bantuan Pek Makanan Asas ini dikhaskan buat mereka yang menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan makanan asas dan berhadapan dengan masalah sumber pendapatan terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)/ Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)/ Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ekoran penularan wabak Covid-19.

Syarat-syarat kelayakan:

1. Mestilah pengundi dan/ atau penduuk dalam kawasan Bandar Utama sahaja
2. Pendapatan isi rumah RM4000 (B40) dan ke bawah sahaja
3. Hanya satu permohonan bagi satu rumah
4. Sila kenalpasti kategori permohonan A, B dan C seperti di bawah:

----------------

[KATEGORI A]:

a) Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas;

b) Orang Kelainan Upaya (OKU);

c) Ibu tunggal;

d) Pesakit kronik

----------------

[KATEGORI B] :

a) Golongan berpendapatan rendah (RM4000 dan ke bawah)

b) Mengalami masalah sumber pendapatan dalam tempoh Pandemik COVID-19

(bagi KATEGORI B, anda diminta melampirkan salinan slip gaji/ maklumat pendapatan bulanan)

-------------------
[KATEGORI C]

a) Golongan yang telah diberhentikan kerja/ hilang punca pendapatan dalam tempoh pandemik COVID19

(bagi KATEGORI C anda diminta untuk melampirkan salinan surat/ pemakluman pemberhentian kerja)

==========

Sila ambil maklum:
1. Pemohon akan dihubungi untuk proses pengesahan maklumat
2. Permohonan yang diluluskan akan menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp/ SMS untuk makluman penyerahan bantuan ini.

Dokumen yang diperlukan semasa penyerahan :
1. Salinan kad Pengenalan (untuk semua Kategori)
2. Salinan bil elektrik (sekiranya diperlukan)

=========

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi sebarang masalah semasa mengisi borang, sila hubungi:
016684 9371 (Yasmin) - Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris
018 2444808 (Ah Yan) - Bahasa Cina

Diharapkan inisiatif ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda dalam menempuh tempoh sukar ini. Kami juga berharap agar bantuan ini dapat disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Sila jaga diri dan keselamatan anda, serta amalkan amalan kebersihan diri dengan penuh berdisiplin.


Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy