#DJKLTeman - Jom Vaksin!
Sebagaimana makanan adalah hak semua, akses kepada vaksin semasa melawan pandemik juga adalah hak semua!

Teman Vaksin Dapur Jalanan Kuala Lumpur adalah inisiatif Dapur Jalanan Kuala Lumpur di bawah program Jom Vaksin Dapur Jalanan Kuala Lumpur. Sejak Mac 2021 yang lalu, Kaunter Rakyat Dapur Jalanan Kuala Lumpur telah aktif di lapangan berusaha memberi kesedaran kepada komuniti miskin kota berumah/ tidak berumah untuk mendaftar vaksin. Ini adalah usaha berterusan Dapur Jalanan Kuala Lumpur untuk membantu mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan komuniti miskin kota.

Rata-rata komuniti yang didaftarkan adalah dalam golongan warga emas yang tidak mempunyai waris dan kini telah menerima tarikh temujanji vaksinasi, tetapi menghadapi masalah untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (lokasi yang jauh dari tempat tinggal mereka/ tiada pengangkutan awam terdekat atau yang mudah untuk difahami/ tidak mempunyai kemampuan tambang dll).

Maka, kami menyeru anak semua bangsa bekerja bakti untuk program Jom Vaksin Dapur Jalanan Kuala Lumpur untuk hantar dan teman komuniti miskin kota menghadiri temujanji vaksinasi mereka.

Tujuan kami - untuk menyediakan akses kepada vaksin kepada semua komuniti miskin kota Dapur Jalanan Kuala Lumpur dan supaya tidak ada seorang pun dari kalangan komuniti ini yang terlepas tarikh vaksinasi mereka.

Sila pastikan anda yakin dapat komited kepada slot tarikh yang dipilih. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Fitrah (012 4020 134) atau Quratulain (019 2734 090)

SILA AMBIL PERHATIAN:
1. Sila pastikan maklumat anda tepat dan lengkap.
2. Bagi tujuan pergerakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan, surat pengesahan peregerakan akan disediakan kepada anda sebagai petugas sukarelawan Dapur Jalanan Kuala Lumpur.
3. Slip pengesahan jadual vaksinasi komuniti DJKL juga akan dilampirkan bersama-sama dengan surat pengesahan pergerakan. Sekiranya perlu, anda digalakkan untuk mendapatkan kebenaran pergerakan dari Balai Polis berhampiran.
4. Borang ini akan dikemaskini dari masa ke masa mengikut kesesuaian tarikh/ masa/ lokasi yang diperlukan.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Slot Vaksin: Tarikh [Rumah - PPV (Masa) - Rumah] *
Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan) *
No. Kad Pengenalan *
No Tel *
Daerah *
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
reCAPTCHA
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy